Sekejap sungguh masa berlalu. Pejam-celik-pejam-celik dah nak raya. Since dah dalam Raya mood ni kite tulis blog pun guna Bahasa lah ye, lagi feel πŸ™‚ Persiapan tahun ni sungguhlah non-existent. Bukan apa, nak buat baju raya takut nanti pakai sekali je since measurements dah lain. Hubby pun tak beli baju melayu bagai, pakai yang lama aja katanya. Rasa lain sungguh Ramadhan kali ni. Sedih tak dapat berpuasa sama tapi demi kesihatan diri dan juga baby redha kan aje. Sahur masih bangun untuk temankan en suami bersahur walaupun setakat panaskan makanan tapau dari rumah Mama masa berbuka. Tapi hujung-hujung ni en suami banyak bagi chance dekat isteri dia ni, kalau I tak bangun masa alarm bunyi, dia biarkan aja I tido sampai subuh.

Beberapa minggu yang lepas me and en suami bincang pasal balik kampong. Giliran raya we all sejak kawin ni, malam sebelum raya balik ke N9 rumah Uwan belah I. Besoknye, hari raya pertama petang pukul 5 gerak ke Ipoh pula ke rumah Bapa mertua dan kami akan stay 3 hari di Ipoh. Pernah beberapa kali kami cuba tukar turutan tapi tak berapa nak bes since family I hari pertama kami akan jalan menziarah keluarga, second raya duduk rumah je tunggu tetamu datang. Hubby pulak kalau raya pertama menang tak boleh menziarah keluarga, raya kedua baru ade orang kat rumah, macam tu lah kaedahnye since we all nak make sure pada raya pertama tak kisahlah dah tengah malam pun at least dapat bersalam raya dengan keluarga dua-dua belah.

Tahun ni? Tahun ni I macam nak raya di KL sahaja. Ipoh dan N9 tak lah jauh tapi keadaan I yang tengah banyak songe ni susah sikit. Sebenarnya beberapa minggu ni I sakit pinggang. Takut slip discΒ I menjadi lagi. Entahlah kesian tengok en suami, dah start nyanyi lagu dendang perantau dah tu πŸ˜€ Besar kemungkinan I akan ikut kan juga balik ke kampong. Harap2 semuanya ok. Memang seronok balik ke kampong, tapi sunnguh memenatkan. Di belah I ramai tukang tolong, boleh aja duduk rehat ataupun buat apa yang patut sahaja, tapi belah en suami, I lah anak menantu sulung dan tinggal Ayah aja di rumah tu. Adik ipar balik juga rasanya. Tapi biasalah bila balik ke rumah mertua kene lah rajin, lain dari duduk dengan mak sendiri boleh manja-manja aja πŸ˜‰

Buat my dearest readers, Selamat menyambut Aidilfitri. Mohon maaf zahir batin kalau ada terkasar bahasa atau tulisan yang tidak menyenangkan dalam blog ni. Semoga gembira berhari raya bersama yang tersayang. Hati-hati di jalan raya, semoga selamat pergi dan selamat kembali. Makan bes2 tau.

Love

N

Advertisements